Apabila kita miliki EMAS, Kita berada dalam Ketakutan,
Apabila kita tiada EMAS, Kita berada dalam Bahaya.

EMAS GANTI WANG

Metro Isnin 4/10/2010

"rakyat myanmar yang hidup tertekan dibawah junta tentera lebih rela menyimpan emas berbanding wang demi masa depan mereka"

Myanmar dibelenggu inflasi junta jentera cetak leibh banyak wang biayai perbelanjaan kerajaan.
suri rumah berkerumun di kaunter barang kemas di Chinatown, Yangon tetapi ia bukanlah kerana fesyen

Di kawasan berhampiran Shwe Bontha Street , nadi pasaran emas sejak zaman kolonial Nyan Tun (bukan nama sebenar) lebih daripada seorang perniaga.. Dia dianggap ' pegawai bank tidak rasmi ' di negara di bawah pimpinan tentera itu.

Biasanye pembeli utama ialah golongan petani. Mereka akan membeli emas dengan sedikit lebihan wang untuk dijual sebelum musim menuai berikutnya

Pembeli kedua ialah suri rumah yang gemar membeli barang kemas sebagai simpanan.
Krisis ekonomi global mungkin menyemarakkan semula keraguan terhadap bank seluruh dunia. Tetapi di Myanmar keraguan itu sekian lama dirasai dan penyimpan memang tiada keinginan untuk menyimpan wang dalam sistem perbankan yang agak murdur di negara itu.
Lagipun tidak banyak yang mampu disimpan rakyatnye. Pengurusan ekonomi yang kurang baik sekian lama, ditambah pula dengan kekangan dan pemulauan di pihak antarabangsa, menyebabkan penduduk negara berkenaan bergelut untuk meneruskan kehidupan seharian dan menghadapi masalah harga pengguna yang melambung tinggi.
Antara 2005 hingga 2009 kadar inflasi tahunan di Myanmar dulu dikenali sebagai burma, berada pada kadar 20 peratus, menurut bank pembanguan Asia.
" jika kami mahu menangani masalah inflasi belilah emas. jika kami menyimpan dibank kami akan rugi."

orang ramai mempunyai kepercayaan yang tinggi pada emas sebagai penyimpan nilai kata Nyan Tun yang memohon namanya tidak disiarkan di media bagi mengelakkan sebarang masalah.
menurutnya, nilai timbangan ticak emas meningkat lebih daripada 30 kali ganda dalam mata wang tempatan iaitu kyat sejak dia mula menjadi perniaga emas pada akhir 1980-an.
Sean Turnell, pakar ekonomi Myanmar di Universiti Macquarie, Sydney berkata peningkatan mendadak harga barangan pengguna disebabkan tindakan kerajaan berkenaan yang mencetak lebih banyak wang untuk membiayai perbelanjaannye. 
Lambakan khazanah semulajadi termasuk emas, gas, kayu jati, minyak, jedd dan batu permata mampu menjadikan negara berkenaan kaya satu ketika dulu sebelum berada di bawah pemrintahan tentera pada 1962.
Namun, Myanmar kekal sebagai sebuah negara paling kurang membangun di dunia, dengan hampir 1/3 daripada penduduknya hidup dibawah garis kemiskinan menurut angka bank dunia.

keadaan fiskal sepatutnya baik. tetapi mereka (pemerintahan tentera) tidak memanfaatkan wang yang mereka peroleh daripada gas untuk kegunaan awam yang bijak. Dana terbabit tidak direkodkan. kata Turnell merujuk kepada pendapatan daripada bekalan gas yang sepatutnya membiayai perbelanjaan kerajaaan. 
ada yang mempercayai pilihan raya pertama Myanmar agak kontroversi dalam temp0h 20 tahun, dijangka pada 7 november ini akan membawa perubahan ekonomi yang sangat diperlukan.
Golongan pemerintah akan tetap sama, jadi tiada banyak perubahan yang akan berlaku" kata Nyan Tun yang kini dalam lingkungan usia 50-an.
Bagaimanapun terdapat sedikit perubahan dalam landskap ekonomi menjelang pilihan raya terbabit dengan pihak junta memulakan pelbagai penswastaan syarikat dan hartanah.
termasuk dengan penjualan aset ini dengan pelabuhan, kilang dan panggung wayang, empat konglomerat dikendalikan ahli perniagaaan yang mempunyai hubungan baik dengan pihak junta di beri lesen untuk memulakan bank baru.
menurut Turnell, kronoisme yang ketara dalam perkembangan yang terkini menunjukkan negara terbabit beranjak dalam arah yang agak aneh. Bagi warga myanmar biasa masih tiada kestabilan ekonomi atau pilihan yang baik untuk penyimpan harta mereka yang boleh dipercayai.
emas sekian lama menjadi aset simpanan utama, insurans ulung terhadap polisi kerajaan. ia kembali ke zaman kolonial.
menerusi peranan penting yang dimainkan lagam berharga berkenaan, regim terbabit terus mengawasi dagangannya dengan teliti. Nyan Tun berkata, polis cawangan khas yang berpakaian biasa muncul di Shwe Bontha Street dan memberi tekanan kepada perniaga supaya behenti menjual emas apabila harga naik.
mungkin kerajaan fikir inflasi disebabkan oleh harga emas tetapi sebenarnya, keadaan berlaku sebaliknya.
harga emas adalah indeks iflasi untuk rakyat. rakyat tidak tahu kaedah lain yang boleh digunakan untu menilai inflasi ini kerana kerajaan tidak memberi sebarang penjelasan.
sistem perbankan Myanmar masih tidak pulih daripada krisis besar pada 2003 yang menyaksikan tiga bank ditutup.
buat masa ini emas kekal sebagai simpanan paling selamat di Myanmar - itu juga satu sebab penjual ikan memakai rantai emas di leher.
Emas ini satu-satunya benda yang boleh dipercayai rakyat di negara ini . kata pengarang bahagian perniagaan

kesimpulan

1) membeli & menyimpan emas adalah satu kaedah & cara yang bijak bagi menangani masalah inflasi dan simpanan yang paling selamat

2) memberi keuntungan yang berlipat kali ganda ini kerana harga emas semakin hari akan meningkat.

3) tidak akan dimamah oleh zaman walaupun beribu tahun ini kerana ia adalah anugerah oleh Tuhan untuk manusia.

4) Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia. 

"abu bakar ibn abi maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullulah S.A.W bersabda: 
' akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah dinar dan dirham'"
(Musnad Iman Ahmad Ibn Hanbal)

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Ratu EMAS |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.