Apabila kita miliki EMAS, Kita berada dalam Ketakutan,
Apabila kita tiada EMAS, Kita berada dalam Bahaya.

Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

   Ramai yang tanya bagaimana hendak memulakan pelaburan emas? Jawapan saya amat mudah, jika anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi anda sudah boleh memulakan pelaburan emas. 

Bila masa yang sesuai untuk membeli emas?

Bagi anda yang baru hendak memulakan pelaburan emas, anda tidak perlu tunggu masa yang sesuai. Ada duit cukup, jalan...

Kalau beli sekarang harga akan turun, nanti aku rugi la...

Jangan ada mindset seperti ini, anda beli emas bukan beli handphone atau kereta. Ingat walaupun rugi dalam RM 10 (Katakan la....) harga emas akan naik dalam 20-40% setahun. Beli sekarang tunggu dan sabar...

Kalau dah beli nak buat apa dengan emas tu?

Ok, jika anda sudah membeli emas, apa lagi simpan la... Ingat emas yang anda beli bertujuan untuk pelaburan... Kalau nak simpan, simpan dalam tempoh masa yang panjang, setahun baru nampak hasil

Kalau beli rantai emas sesuai tak?

Rantai emas kurang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan kerana nilai spread jualannya yang agak tinggi. Yang paling sesuai ialag goldbar berketulenan 999.

Kalau saya simpan Dinar/Emas kena keluar zakat tak? 

Wajib bila sudah cukup nisab, bagi emas yang disimpan berat yang wajib dikeluarkan zakat ialah 85gram dan keatas. Jika dinar emas ia bersamaan 20 Dinar emas. Jumlah yang perlu dikeluarkan zakat ialah 2.5%


Saya memulakan pelaburan emas pada 14 July 2010, semasa berpantang banyak masa terluang disamping memikirkan apa yg patut invest setelah melahirkan anak pertama.Selepas menggoogle,terjumpa lah artikel yang menyentuh perasaaan dan sejak itu bermulalah pengembaraan saya mencari Rahsia Emas. Sy terus menelefon Tokey Emas yg sehingga kini banyak menolong saya dalam ilmu Emas.Saya tak pegang prinsip " Tunggu Harga emas turun baru beli" apa yang saya buat, saya terus klock dan saya membeli 1 keping gold bar dan 1 keping Dinar. Waktu tu harga 1 Dinar = RM565 dan Goldbar ialah RM2,600.00. Mula-mula ingat nak melabur, tapi terus saya ambik keputusan untuk jadi dealer. Jom, kawan-kawan kita perlu bijak merancang kewangan masa depan, masa muda jangan terlalu enjoy dengan barang berjenama...


   Jangan Tunggu lama-lama... ada wang terus melabur dengan emas...

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Ratu EMAS |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.