Kesan daripada ini, mangsanya adalah pengguna-pengguna RM sendiri, di mana kuasa beli kita akan menjunam, barang-barang akan menjadi mahal. Salah satu alasan yang sering diberikan oleh media adalah kerana naiknya harga minyak. Benarkah?
Sebahagian besar daripada kita merasakan bahawa harga barang-barang seperti kejar-mengejar pendapatan kita. Mengapakah daya beli kita menurun & bagaimana pula untuk menanganinya? Secara bertahap, kita harus lindungi hasil penat lelah kita daripada risiko inflasi dengan sesuatu yang daya belinya bertahan. Di sinilah, emas sabagai salah satu caranya. Masih ingat pada suatu cerita di zaman Rasulullah?
"Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata: saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahwa Nabi SAW memberikan wang 1 Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau; lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga 1 Dinar. Ia pulang membawa 1 Dinar & satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanahpun, ia pasti beruntung." (H.R. Bukhari)
Kini, setelah 1400 tahun, pada zaman kita bernafas, harga kambing pun tetap juga 1 Dinar!!!
Semoga ia menjadi panduan kepada kita semua dalam membuat aturan pelaburan agar pulangannya mampu menyenangkan kita di masa depan.
Kepada sesiapa sahaja yang memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan, maka rata-rata akan tersenyum lebar dengan pulangan pelaburan masing-masing. Ramai yang mewar-warkan kenaikan emas pada tahun lepas lebih daripada 25%. Memang betul, tetapi itu adalah figura dalam USD. Angka itu lebih tepat digunakan untuk pasaran Amerika Syarikat, kerana merekalah yang akan membandingkan samada kenaikan kos sara hidup terkesan atau tidak dengan kenaikan emas. Untuk kita, saya lebih selesa & rasanya lebih jujur jikalau umumkan kenaikan harga emas dalam Ringgit Malaysia. Lebih 'berpijak di bumi nyata' rasanya.
Kepada yang berminat boleh inbox FB sy...jgn segan jgn silu...
0 comments:
Post a Comment