CYBERJAYA, 9 Nov (Bernama) -- Harga emas mungkin naik sehingga AS$2,000 seaun pada masa dua tahun akan datang dengan asas yang kukuh, kata Pengarah Urusan Habib Jewels Datuk Meer Sadik Habib.
"Harga tentunya meningkat walaupun dalam jangka pendek, mungkin ada sedikit pelarasan," katanya pada taklimat media di sini Selasa.Bagaimanapun Meer Sadik berkata bagi tempoh yang lebih lama, harga mungkin naik, antara lain disebabkan oleh kelemahan dolar Amerika.
"Jangka panjang adalah baik memandangkan AS mencetak wang yang banyak dan ini negatif kepada dolar AS, yang merupakan satu daripada alasan harga emas yang lebih tinggi," katanya.
Pada umumnya, Meer Sadik berkata, memandangkan asasnya kekal, permintaan bagi emas masih lebih tinggi berbanding bekalan, dengan itu memberi tekanan menaik terhadap harga.
"Baru-baru ini, kita juga melihat banyak pelabur meninjau untuk membeli emas dan barang kemas.
"Banyak negara menyimpan emas. Negara besar seperti India dan China menyimpan kira-kira US$2 trilion rizab emas," katanya.
Meer Sadik berkata beliau yakin harga, yang kini berlegar pada US$1,400, mungkin naik kepada US$1,750 pada tahun depan dan kepada US$2,000 dalam masa dua tahun akan datang.
0 comments:
Post a Comment