Apabila kita miliki EMAS, Kita berada dalam Ketakutan,
Apabila kita tiada EMAS, Kita berada dalam Bahaya.

Tabungan berhemah

Salam Jumaat semua...


Apa yang naik dan tidak akan jatuh? Selain daripada umur anda, harga barangan dan perkhidmatan adalah jawapan yang munasabah! Hakikatnya pada akhir-akhir ini, banyak telah diperkatakan tentang kenaikan harga makanan dan minyak di seluruh dunia. Dengan harga yang meningkat dan pendapatan kekal sama, amatlah penting untuk kita mempelajari bagaimana untuk hidup dengan cermat. Ada sesetengah daripada kita yang tidak pandai menjaga duit.
 

Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Cermat?
 
Kita mungkin tidak menyukai perkataan ini dalam kehidupan seharian kita tetapi, hari ini kita akan lebih kerap mendengarnya. Tanyalah nenek moyang kita, dan selalunya mereka akan memberitahu yang gaya hidup mereka sinonim dengan perkataan ini. Hari ini, orang mungkin berpendapatan lebih daripada nenek moyang mereka, jauh lebih banyak, tetapi entah bagaimana, duit kita sentiasa tidak mencukupi, apatah lagi untuk menyimpan. Tidak hairanlah kerana pada masa dahulu, anda boleh membeli semangkuk mee dengan harga lima sen tetapi pada hari ini, peminta sedekah pun akan merungut dengan lima sen yang anda beri kepadanya!
 
Bercermat atau berjimat cuma bermaksud mengurus demi untuk menyimpan. Bermakna, anda mendapat sebanyak mungkin duit anda. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga, dan di sini kami tegaskan yang bercermat bukan bermakna menjadi kedekut atau “kiam-sap” seperti kata orang-orang Hokkien.   
 

















Hidup dengan duit yang sedikit tidak bermakna kehidupan yang serba kekurangan. Ia lebih kepada hidup dengan lebih bermakna dan bersyukur, dan bukan hidup untuk orang lain. Bercermat dalam semua aspek kehidupan adalah asas membina kekayaan. Jika anda berimpian untuk mendapat kebebasan kewangan pada suatu hari nanti, tidak kira tahap atau status pendapatan anda, anda perlu jadikan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai cara hidup

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Ratu EMAS |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.