Apabila kita miliki EMAS, Kita berada dalam Ketakutan,
Apabila kita tiada EMAS, Kita berada dalam Bahaya.

10 sebab mengapa saya tidak mahu melabur EMAS

Salam sahabat semua,
kat bawah nih sy senaraikan sebab-sebab saya tidak mahu melabur EMAS.



Antaranya :

1-mahal
2-takut emas tipu
3-takut nak simpan banyak2
4-takut harga jatuh balik
5-????????

nampaknye x sampai 10...5 pun x sampai...4 jek..kalo ada bole laa tambah2kan alasan yer...

kat sini saya akan kemukakan 10 sebab saya menyimpan dan melabur EMAS.



Antaranye:

1-untung 20-30%
2-kalis inflasi
3-risiko rendah
4-kalo berlaku peperangan,emas boleh digunakan dimana2...
5-boleh dijual ,untung atas jualan
6-emas adalah kekayaan sebenar
7-bole wat hantaran atau hadiah
8-emas sangat cantik
9-Logam yang sebenar2nya
10-disukai ramai
11-asas tabungan...

alamak terlebih sudahhh...pendek kata sapa yang nak still kat part 1 (say no to EMAS!),silakan...saya tidak memaksa.Kepada yang mereka nak menyimpan emas,renung2kan dan silalah call..hehehheh

Bila nak beli emas nih??

Salam sahabat emas….Bila nak beli emas dan waktu sesuai beli emas ? Mungkin ini persoalan yang sering bermain di fikiran anda bila terdetik dihati untuk membeli emas.Baiklah saya akan cuba huraikan dengan bahasa yang cukup indah ( seindah kilauan emas ) dan mudah untuk difahami.

Bila nak beli emas dan waktu sesuai untuk beli emas ? Jawapan yang paling mudah dan tepat ! Beli sekarang !!!!!!

Bagi mereka yang mempunyai modal / duit yang mencukupi :

Bagi pembeli emas yang mempunyai wang / modal / duit mencukupi , waktu sesuai untuk beli emas adalah sekarang.Anda tidak akan rugi membeli emas sebaliknya untung.Sebagai contoh anda membeli emas hari dengan saya seberat 20gram dengan nilai RM3,149.00.Tiba-tiba esok harga emas turun dan harga emas 20gram menjadi RM3,110.00 , tentu anda akan rasa kerugian . Sebenarnya anda tidak akan rugi kerana emas dalam masa jangka masa pendek ada naik turun , namun jangka masa panjang harga emas akan naik.

Bagi mereka yang tidak mempunyai modal / duit mencukup , waktu sesuai untuk membeli emas adalah semasa harga emas turun.Ini memerlukan lebih pengetahuan dan pemerhatian bagi mengetahui masa / waktu harga emas turun.Kebiasaanya harga emas berlawanan dengan mata wang USD.Saya sendiri belum mahir dalam menentukan masa harga emas naik dan turun.So pada pandangan saya , beli emas mengikut kemampuan kita sebagai contoh , beli 1 dinar setiap bulan sebagai simpanan.

Sumber : Emas Kini

Artikel paling menarik abad ini....

Assalam...

Jom kite ikuti kisah pakcik nie...





KUCHING: Dengan berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit’, seorang warga emas, Mail Brahim, 77, yang menyimpan 30 sen sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan fardu haji, tahun ini.
Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya.
Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji.
“Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah.
“Akhirnya saya dapat menggunakan wang itu untuk ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian sewaktu menghadiri Kursus Perdana Haji 1432H di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, semalam.
Mail adalah antara 421 bakal jemaah haji dari Bahagian Kuching dan Samarahan yang menghadiri kursus dua hari itu, yang berakhir semalam.
Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau mendaftar untuk menunaikan fardu haji pada 2005 selepas jumlah dikumpul mencukupi dan bersyukur kerana disenaraikan ke Tanah Suci pada tahun ini.
Sementara itu, seorang tukang perahu, pembuat batu nisan dan napur, Zulkipli Madon, 64, dari Kampung Tanjung Bundong, Samarahan, berkata beliau mula menyimpan dengan Tabung Haji pada 2004 selepas mendapat hidayah untuk menunaikan fardu haji.
Setiap bulan beliau menyimpan antara RM400 hingga RM500 hasil daripada kerja membuat perahu, batu nisan dan napur penduduk kampung.
“Pada 2005 saya mendaftar untuk menunaikan haji bersama isteri, Rosiah Bujang, 57. Namun isteri saya yang turut menjual sayur dan telur masin di kampung, bertekad untuk mengumpul wang sendiri,” katanya.
Rosiah yang turut menyimpan RM400 hingga RM500 sebulan akhirnya berjaya mencukupkan wang haji, dengan pasangan suami isteri itu akan ke Makkah, dengan hasil pendapatan masing-masing.
Pasangan yang mempunyai 12 anak itu bersyukur kerana walaupun mereka hanya bekerja sendiri di kampung, namun hasilnya berkat dan boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji


p/s : apa yg bole sy katakan kat sini,muhasabah diri apakah tujuan kite bekerja sehari suntuk?? semoga cerita ini memberi kite ikhtibar dan pengajaran kepada kite semua...
mulakan saving anda dengan 1dinar,kalo berminat,pm lah saya...


sumber : -http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Simpan30sensebulantunaihaji/Article
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Ratu EMAS |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.