Salam sahabat emas….Bila nak beli emas dan waktu sesuai beli emas ? Mungkin ini persoalan yang sering bermain di fikiran anda bila terdetik dihati untuk membeli emas.Baiklah saya akan cuba huraikan dengan bahasa yang cukup indah ( seindah kilauan emas ) dan mudah untuk difahami.
Bila nak beli emas dan waktu sesuai untuk beli emas ? Jawapan yang paling mudah dan tepat ! Beli sekarang !!!!!!
Bagi mereka yang mempunyai modal / duit yang mencukupi :
Bagi pembeli emas yang mempunyai wang / modal / duit mencukupi , waktu sesuai untuk beli emas adalah sekarang.Anda tidak akan rugi membeli emas sebaliknya untung.Sebagai contoh anda membeli emas hari dengan saya seberat 20gram dengan nilai RM3,149.00.Tiba-tiba esok harga emas turun dan harga emas 20gram menjadi RM3,110.00 , tentu anda akan rasa kerugian . Sebenarnya anda tidak akan rugi kerana emas dalam masa jangka masa pendek ada naik turun , namun jangka masa panjang harga emas akan naik.
Bagi mereka yang tidak mempunyai modal / duit mencukup , waktu sesuai untuk membeli emas adalah semasa harga emas turun.Ini memerlukan lebih pengetahuan dan pemerhatian bagi mengetahui masa / waktu harga emas turun.Kebiasaanya harga emas berlawanan dengan mata wang USD.Saya sendiri belum mahir dalam menentukan masa harga emas naik dan turun.So pada pandangan saya , beli emas mengikut kemampuan kita sebagai contoh , beli 1 dinar setiap bulan sebagai simpanan.
Sumber : Emas Kini
TERKINI 2013
11 years ago
0 comments:
Post a Comment