Apabila kita miliki EMAS, Kita berada dalam Ketakutan,
Apabila kita tiada EMAS, Kita berada dalam Bahaya.

Persoalan EMAS.Kenapa beli EMAS?Untung ke?

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada para pembaca blog Ratu Emas yang setia, diharapkan anda sihat-sihat sahaja.

Untuk penulisan kali ini, Ratu Emas ingin membawa pembaca semua untuk melihat trend kenaikan harga emas , bila agaknya waktu yang sebaiknya untuk kita membeli komoditi ini sebagai aset pelaburan dan untuk membincangkan tentang persoalan tajuk penulisan ini.

Pernah beberapa teman dan kenalan yang apabila bercerita sahaja mengenai topik emas, dialog-dialog seperti berikut pasti terkeluar dari mulut mereka yang masih belum memulakan pelaburan dalam emas.

Contohnya:

1.“eh, emas mahal kan sekarang”
2.“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”
3. “saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”
4. “betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”
5. “takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”
6. “rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”
7. “saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “
8.”Kenapa beli Emas?”
9.”Nak buat apa Emas?”
10.”Untung ke Emas??”


Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas dan belum sedar tentang kelebihan emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi mereka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!. Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar, jadi tahniah saya ucapkan. :)

Baiklah,tanpa membuang masa,kita berbalik kepada bualan-bualan orang ramai tadi, jawapan yang sesuai adalah seperti berikut:


1.“eh, emas mahal kan sekarang”

Memang la mahal, tetapi, esok lusa di masa depan lagi mahal. Oleh itu, jangan tunggu-tunggu lagi, andai anda mempunyai wang tunai yang tidak diperlukan segera dalam simpanan, terus sahaja tukar dan ikatnya pada nilaian emas. Anda tak akan rugi kerana lebih rugi apabila memandang ke belakang dan berkata “alamak, ruginya waktu harga tengah rendah hari tu saya tak beli….” Keluhan panjang anda sudah lagi tidak berguna kerana harga emas tidak akan menunggu anda dan ianya akan terus meningkat dan meningkat tiap tahun.

2.“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”

Benar! tetapi semua pelaburan yang baik sememangnya begitu, dan pelaburan emas boleh jadi dalam jangkamasa pendek bergantung kepada target keuntungan yang anda ingin peroleh (Ratu Emas sendiri dah Nampak hasil dari kenaikan harga Emas hanya dalam masa 1 bulan sahaja). Sekiranya cukup sekadar untuk lebih baik daripada pelaburan amanah saham, sudah tentu pelaburan emas adalah lebih baik.

3.“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”


Berhenti bermimpi! Sesungguhnya ianya tidak akan berlaku lagi kerana harga komoditi ini sama seperti juga harga petrol dunia. Cuba tanya mana-mana pekerja Petronas begini “agak-agak harga minyak nanti akan turun macam tahun 2001 tak? dalam RM1/liter kan seronok” sudah tentu lah tidak bukan, jadi berhenti berangan atau berangan untuk menunggu dan terus menunggu lagi kerana anda adalah antara orang yang dalam kerugian:)



4.“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”

Ramai pakar-pakar ekonomi yang lebih bijak dari anda telah percaya akan pelaburan ini, jadi kalau orang yang tidak berlatar belakang kan pengajian ekonomi masih tidak percaya dan mahu mengkaji, terpulanglah. Statistik dan fakta telah terbukti. Hadith riwayat Rasululllah pun ada menyebut tentang pelaburan emas dan perak (dinar dan dirham) adalah simpanan yang baik

Sabda Rasulullah SAW: “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” – Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

5.“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”


Fahaman ini yang harus diubah sebenarnya. Orang ramai menganggap membeli emas adalah sama seperti membeli barang-barang lain seperti pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya. Di mana mereka percaya apabila sudah berbelanja, maka duit itu telah tiada lagi. Para pembaca sekelian, sebenarnya apabila anda membeli emas, wang anda lansung tidak terusik dan berkurang dari simpanan, malah ianya akan berganda lebih banyak dari jumlah asal. Anda telah mengikat matawang anda dengan nilaian emas. Dengan emas, apabila disaat anda sangat memerlukan wang untuk digunakan, anda sama ada boleh menjual balik emas tersebut pada harga yang tinggi (keuntungan) atau hanya cukup sekadar memajaknya di mana-mana sistem pajak gadai islam AR RAHNU. Percayalah, cara ini adalah lebih menunguntungkan dan berbaloi.


6.“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”


Bagus! niat anda untuk mengkaji dan mendalami ilmu emas adalah satu tindakan yang bijak. Namun, berapa lama masa yang anda akan ambil untuk benar-benar berpuas hati dan ready untuk mula melabur?! Ingat! masa itu emas, dan lagi banyak masa yang terlepas, begitulah juga kerugian anda untuk lambat mengambil tindakan.


.

7.“saya pernah dengar orang kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “

Pernahkan anda bertanya pada diri sendiri, agaknya, ada tak waktu untuk harga petrol dunia kembali rendah sehingga ke paras RM 0.70/liter, atau harga gula kembali rendah, harga susu menyusut, harga air sirap segelas hanya Rm0.10 seperti dulu-dulu, harga nasi lemak hanya RM0.50 dan sebagainya. MUSTAHIL bukan?! Begitu juga harga emas yang terus melonjak naik dengan tinggi dan telah Skyrocketed sejak beberapa bulan kebelakangan ini.


8.”Kenapa beli Emas?”

Dengan kadar kenaikan sebanyak 20-37% setiap tahun  dan sifat emas iaitu kalis inflasi dan harganya yang semakin mahal, emas memang sesuai untuk kita jadikan asset pelaburan hari tua kita.Bukan untuk kita sahaja..untuk anak2 dan keluarga kita. Ada 2 asset pelaburan yang memberangsangkan iaitu tanah dan emas.Adakah anda mampu membeli tanah jika anda mempunyai wang sebanyak rm700?Haruslah tidak kan.mungkin boleh beli selori sahaja..tapi nk buat apa?Jadi,emas adalah pilihan yang tepat bagi kita yang tidak mampu untuk menceburi pelaburan hartanah di mana dengan modal yang kecil,anda mampu memiliki emas.


9.”Nak buat apa Emas?”

soalan seperti ini kerap kali di ajukan kepada saya, pada saya,mudah sahaja..anda beli,anda simpan sebagai aset anda.Anda akan terpegun apabila suatu hari nanti,harga emas yang anda miliki hari ini telah berubah harga nya menjadi lebih tinggi.Dan sekiranya pada masa itu anda ingin menjual emas,akan terbit rasa sayang anda untuk menjual emas tersebut memandangkan harga nya boleh meningkat lagi.


10.”Untung ke Emas??”

Mengikut fakta, emas mencatatkan kenaikan sebanyak 20-37% setiap tahun.Andai kata pada hari ini,20/12/2010,anda memiliki 1 dinar emas yang berharga RM652,Maka pada tahun hadapan bersamaan 20/12/2011 dengan kenaikan yang paling rendah 20%, 1 Dinar anda tadi akan menjadi RM782.40 dan anda akan memperolehi keuntungan sebanyak rm130.40. Itu kalau anda ada 1 Dinar,kalau anda ada berdinar2?fikir2kan…


Jadi… bagaimana pendapat anda akan kenaikan emas yang berganda dengan giatnya ini setiap tahun?! Bagaimana pula dengan tahun hadapan 2011?! Bagaimana dengan tahun-tahun yang seterusnya?! Bagaimana dengan 10 tahun yang akan mendatang?! Ramai pakar-pakar pelabur emas dunia dan pakar ekonomi telah menjangkakan kenaikan 10 tahun yang akan datang tidak lagi 457.66% seperti 10 tahun yang sudah, malah lebih tinggi lagi dan mungkin mencapai kenaikan 800-1000% menjelang tahun 2020.


Mustahil dan tidak masuk akal bukan?! Tapi itulah yang akan berlaku apabila melihat kepada analisis semasa trend kejatuhan dan kegagalan banyak matawang serta peningkatan tekanan ekonomi dan inflasi yang kian berganda saban hari, telah menyebabkan komoditi emas turut berganda dengan lebih giat.


Ingat! Kenaikan harga emas dunia merupakan penanda aras akan kemerosotan ekonomi dunia yang kian hari kian meruncing tanpa kita orang awam menyedarinya. Tiba masanya, yang kita semua akan tahu semua harga telah naik dan meningkat, semua servis dan perkhidmatan dinaikkan harga sedikit demi sedikit bagi mengikut kadar semasa tekanan ekonomi dunia yang kian melanda.
Kegawatan ekonomi ekonomi dunia seperti yang telah berlaku pada tahun 1870-an, 1890-an, 1929-1939, 1932-1933, 1997-1998 dan 2009 akan sentiasa berulang.


 Haruskah anda akan sentiasa menanti untuk ianya berlaku lagi dan terus-menerus menjadi mangsa ekonomi dunia?! Jadi…mulakan pelaburan emas anda sekarang. Jangan berlengah lagi kerana masa itu emas. Anda boleh menghubungi Ratu Emas(012-3388 065) untuk ‘lock’ harga bagi membeli emas anda yang pertama dengan saya jika anda mahu. :)

Beli sekarang jika anda ada simpanan tunai, beli sewaktu harga jatuh beberapa kali dalam setahun sebelum ianya melonjak naik semula ke paras yang lebih tinggi. (Anda harus tahu analisis graf kitco dan sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa dunia untuk tujuan ini).


Masa itu emas,mesti anda semua pernah mendengar ayat ini.Memang betul.Sesungguh nya,kita tidak akan dapat mengundurkan masa dan emas dikaitkan dengan masa untuk menunjukkan betapa bernilai nya masa. Oleh itu,dapat emas ketika anda mampu dan sebelum terlambat.Jika tidak, beli sahaja apabila ada RM… Ingat, simpanan dalam bentuk RM hanya merugikan walaupun nilaiannya sama kerana kuasa membeli wang akan terus merudum jatuh dan merosot, manakala emas pula tidak.Tukarkan bentuk pelaburan anda di dalam bentuk emas.Anda boleh mengubahnya.

Sumber : Institut Emas & Emas Zaman

WANG KERTAS VS EMAS

Saksikan lah hakikat yang sebenarnya...






Jangan tunggu lagi,mulakan langkah kanan anda dengan memiliki EMAS sekarang...

Harga barang naik 2011

Salam kawan2,masuk je Tahun Baru,kite dihidangkan dgn kenaikan harga yang melampau...



Kesan daripada ini, mangsanya adalah pengguna-pengguna RM sendiri, di mana kuasa beli kita akan menjunam, barang-barang akan menjadi mahal. Salah satu alasan yang sering diberikan oleh media adalah kerana naiknya  harga minyak. Benarkah?

Sebahagian besar daripada kita merasakan bahawa harga barang-barang seperti kejar-mengejar pendapatan kita. Mengapakah daya beli kita menurun & bagaimana pula untuk menanganinya? Secara bertahap, kita harus lindungi hasil penat lelah kita daripada risiko inflasi dengan sesuatu yang daya belinya bertahan. Di sinilah, emas sabagai salah satu caranya. Masih ingat pada suatu cerita di zaman Rasulullah?
"Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata: saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahwa Nabi SAW memberikan wang 1 Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau; lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga 1 Dinar. Ia pulang membawa 1 Dinar & satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanahpun, ia pasti beruntung." (H.R. Bukhari)

Kini, setelah 1400 tahun, pada zaman kita bernafas, harga kambing pun tetap juga 1 Dinar!!!

Semoga ia menjadi panduan kepada kita semua dalam membuat aturan pelaburan agar pulangannya mampu menyenangkan kita di masa depan.

Kepada sesiapa sahaja yang memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan, maka rata-rata akan tersenyum lebar dengan pulangan pelaburan masing-masing. Ramai yang mewar-warkan kenaikan emas pada tahun lepas lebih daripada 25%. Memang betul, tetapi itu adalah figura dalam USD. Angka itu lebih tepat digunakan untuk pasaran Amerika Syarikat, kerana merekalah yang akan membandingkan samada kenaikan kos sara hidup terkesan atau tidak dengan kenaikan emas. Untuk kita, saya lebih selesa & rasanya lebih jujur jikalau umumkan kenaikan harga emas dalam Ringgit Malaysia. Lebih 'berpijak di bumi nyata' rasanya.

Kepada yang berminat boleh inbox FB sy...jgn segan jgn silu...

Harga Komoditi Tertinggi 2010

Salam rakan-rakan,sudahkah anda menambahkan akaun emas anda sempena Tahun 2011??
Jika belum,ayuh!!!Kita simpan emas,dinar dan silver mulai sekarang.

Akhbar awal Tahun jelas menunjukkan anda memang tidak rugi untuk menyimpan komoditi ini...

Apa lg,mulakan langkah anda dengan hanya menyimpan dinar dulu...

ok...sesapa berminat hubungi sy jgn segan silu untuk bertanya...

Rancang Pendapatan Anda, Bebaskan Diri Dari Belenggu Kewangan

Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang pengurusan kewangan. Ianya amat berkait rapat dengan pelaburan dan perlindungan nilai harta anda.

Cuba muhasabah diri dan asah minda kewangan anda untuk meningkatkan Financial IQ di dalam mengendalikan masalah kewangan. Hakikat yang perlu anda sedari ialah jika anda mampu menyelesaikan masalah kewangan anda, secara automatik ianya akan meningkatkan Financial IQ anda, sekaligus anda mampu merancang bagaimana untuk menjadi kaya!!

Rasanya semua orang (termasuk saya) berbelanja setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Tetapi adakah pendapatan yang  masuk ke akaun juga setiap hari, minggu, bulan dan tahun?

Atau adakah pendapatan yang masuk ke akaun anda setiap bulan (Gaji) dibelanjakan untuk perbelanjaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan? sudah pasti tidak cukup!!!

Rancang pendapatan pasif anda, pastikan pendapatan harian untuk cover perbelanjaan harian, pendapatan mingguan untuk cover perbelanjaan mingguan dan seterusnya, saya jamin jika anda mampu tentukan perbelanjaan seperti itu sudah pasti anda bebas dari belenggu kewangan dan anda akan menjadi TUAN kepada wang anda, dan bukannya wang yang menjadi TUAN kepada anda!!

Apa yang saya maksudkan menjadi TUAN kepada wang anda ialah, anda perlu menjadikan wang anda bekerja untuk anda, dan jangan sekali2 menghabiskan seluruh kehidupan anda bekerja untuk wang!!

Saya mengkelaskan pendapatan pasif saya mengikut keperluan perbelanjaan seperti ini :

Pendapatan Harian            : Untung runcit jualan emas & Foot Detox
Pendapatan Mingguan       : Untung runcit jualan emas & Foot Detox
Pendapatan Bulanan          : Komisyen Public Gold,
Pendapatan Tahunan         : Dividen ASB
Perlindungan Nilai Harta    : Physical Gold & Silver,Saham MMHE

Jika anda juga mampu mengkelaskan pendapatan seperti ini, maka anda telah berjaya mengatasi masalah kewangan anda, sekaligus membebaskan diri dari belenggu kewangan dan saya jamin yang anda pasti akan lupa bilakah tarikh gaji anda!!!

Ingat!!

Jika anda bekerja untuk wang, nescaya anda akan menghabiskan seluruh hayat anda hanya untuk bekerja dan mengumpul wang untuk persediaan melalui hari2 persaraan anda. Hidup anda akan sentiasa dibayangi kebimbangan dan dihantui persoalan "cukupkah simpanan aku ini?"

Sebaliknya, biarkan wang yang bekerja untuk anda, dan nikmatilah kehidupan ini sepenuhnya bersama keluarga dan anak2. Bawalah mereka bercuti, menikmati keindahan alam ciptaan tuhan, agar kita lebih mensyukuri nikmat kehidupan. Bila wang bekerja untuk anda, ianya akan menggandakan dirinya sendiri, anda hanya perlu memantaunya sesekali sahaja!!

Harga Emas akan terus meningkat - Bloomberg

10 hari Tahun Baru tp masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga pada tahun ini kita dapat merealisasikan azam kita, dan sama2 membebaskan diri dari belenggu kewangan. Amin..

Sempena hari pertama di tahun baru 2011 ini, jom kita hidangkan minda kita dengan berita2 potensi kenaikan harga emas dan perak, semoga yang belum tergerak hati akan segera membeli, dan yang dah beli akan menambah belian lagi.




Jangan tunggu lagi!! hubungi saya sekarang untuk membeli Emas & Perak sebagai aset pelaburan.

Kepada yang berminat jgn lupe hubungi sy...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Ratu EMAS |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.