Apabila kita miliki EMAS, Kita berada dalam Ketakutan,
Apabila kita tiada EMAS, Kita berada dalam Bahaya.

Variasi Emas dan Pemilihannya.

Saya seringkali ditanya dengan soalan ini terutamanya daripada individu yang baru ingin bermula dalam bidang pelaburan Emas & Perak. Saya akui, ketika saya bermula dulu saya membeli semua jenis emas dengan tujuan ingin memiliki semua jenis bentuk dan berat yang ada.

Namun begitu, berdasarkan pengalaman setelah setahun saya melibatkan diri secara sepenuh masa dalam bidang pelaburan ini, saya dapati bahawa pemilihan jenis dan berat emas yang perlu dibeli adalah bergantung kepada matlamat pelaburan dan tujuan penggunaanya, dan faktor2 ini pula semestinya berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain.

Jenis - jenis produk pelaburan Public Gold, berat dan cadangan penggunaannya :


EMAS :



1- Emas Bar 999.9 ~ 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g.

Emas Bar ataupun Gold Bar lebih sesuai dipilih bagi tujuan pelaburan dalam tempoh masa pertengahan ( Mid Term ) iaitu sekitar 1-2 tahun. Sebagai contoh, katakan Abu mempunyai tunai sebanyak RM10,000.00 dan ingin digunakan untuk membayar deposit rumah barunya dalam masa 2 tahun lagi, maka Abu menggunakan wang tersebut untuk membeli Gold Bar seberat 20g x 2 = RM8,000 dan 10g x 1 RM2,000.

Beliau memilih untuk membeli emas seberat 50g dengan pecahan variasi 20g x 2 dan 10g x 1 berbanding 50g x 1 dengan membuat perkiraan sekiranya berlaku kenaikan harga emas sebanyak 25% setahun, maka kenaikan selama 2 tahun adalah 50%, dan pada ketika beliau hanya perlu menjualkan emas 20g x 1 dan 10g x 1 sahaj untuk mendapatkn tunai sebanyak RM10,000.00 yang ingin digunakannya. Dengan cara ini, beliau masih mempunyai sekeping emas 20g dalam simpanannya yang telah meningkat nilai sebanyak 50% dan ianya boleh digunakan pada masa akan datang bagi tujuan pembelian rumah yang kedua pula. Berbanding jika beliau membeli hanya sekeping 50g, pemilihan seperti ini lebih menguntungkan lagi.



2- Emas Dinar 916 ~ 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.



Dinar Emas lebih sesuai digunakan sebagai simpanan dan penggunaan bagi keperluan semasa, saya mengibaratkan Dinar ini adalah sebagai Saving Account yang anda ada ketika ini. Berbanding saya hanya membiarkan wang tunai tidak membiak di dalam akaun simpanan, adalah lebih baik saya menukarkan kesemuanya kepada Emas 1 Dinar.

Pada bila2 masa sekiranya saya memerlukan tunai, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar sekadar jumlah tunai yang saya perlukan sahaja, dan pada bila2 masa saya mempunyai sejumlah wang yang tidak digunakan, maka saya akan menukarkannya kepada 1 Dinar sebagai tambahan kepada simpanan Dinar yang sedia ada. Dengan cara ini, saya bukan sahaja menyimpan, bahkan saya juga membuat pelaburan walaupun jumlahnya hanya serendah RM700 - RM800, tetapi simpanan saya tetap berganda dari masa ke semasa apabila saya menukarkannya kepada tunai kelak.



3- Rantai Emas Pelaburan 22k ~ 10g, 20g, 50g dan 100g.





Produk ranatai ini dikenali sebagai produk i-series atau i-jewellery. Ianya dikeluarkan khusus bagi tujuan gadaian di mana2 Ar-Rahnu yang menawarkan pajakan dalam bentuk barangan kemas. Justeru, rekabentuk kesemua produk ini sama sahaja dan ianya lebih padu dan tumpat berbanding emas perhiasan sebenar. Sekiranya anda berhajat untuk membeli emas dan menggadaikannya semula, produk ini boleh dijadikan sebagai pilihan.



Jika anda mahukan pelaburan emas dalam tempoh masa pertengahan (Mid Term) dan dalam masa yang sama mahu memiliki emas bagi penggunaan dan simpanan tambahan semasa, maka anda boleh membeli rantai ini terlebih dahulu, kemudian anda boleh membuat proses gadaian di Ar-Rahnu. Tunai hasil gadaian tadi boleh digunakan untuk membeli emas 1 Dinar pula bagi tujuan penggunaan semasa disamping untuk menampung kos upah simpan pada setiap 6 bulan sekali. Cara ini secara tidak langsung akan menggandakan jumlah emas yang anda miliki.


PERAK


1- Perak Bar 999.9 ~ 250g, 500g dan00g (1 kg)
Perak atau Silver lebih sesuai bagi tujuan pelaburan jangkamasa panjang iaitu sekitar 2 tahun ke atas. Walaupun kenaikan harga Silver lebih tinggi berbanding emas, namun kadar spread nya agak tinggi berbanding emas selain ianya tidak boleh digadaikan. Justeru, ia lebih sesuai bagi matlamat pelaburan yang ingin dicapai dalam jangkamasa melebihi 2 tahun.


Sebagai contoh, katakan Ali bercadang untuk menunaikan Haji 5 tahun dari sekarang dan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM5,000.00, maka wang itu boleh digunakan bagi membeli Silver Bar dengan variasi pecahan 250g x 5 RM5000.00. Katakan kenaikan Silver setahun pada kadar 50%, maka dalam masa 5 tahun nilai Silver yang dibeli telah meningkat sebanyak 250% kepada RM17,500.00. Dalam ertikata lain dengan hanya RM5,000 sahaja beliau sudah boleh menunaikan Fardhu Haji berbanding sekiranya beliau menyimpan di dalam Tabung Haji dengan kenaikan 5% setahun, jika 5 tahun baru 25%.


Walaubagaimanapun, ini hanyalah cadangan berdasarkan apa yang saya praktikkan sahaja, dan cadangan ini hanya sekiranya anda ingin menjadi seorang Pelabur Emas & Perak. Sebagai seorang Pelabur, turun naik harga semasa tidak banyak mempengaruhinya kerana setiap pelaburan yang dibuat mempunyai matlamat yang jelas dan apa yang paling penting bagi seorang pelabur adalah mengenalpasti waktu bila mereka perlu JUAL, bukannya waktu bila mereka patut BELI.



Sumber : Pelabur Jutawan.

Seminar Membongkar Rahsia Teknik Pelaburan Emas !!


Dijemput hadir beramai-ramai. Seperti yang dipaparkan di akhbar Sinar Harian keluaran 6 Oktober 2011.

10 sebab mengapa saya tidak mahu melabur EMAS

Salam sahabat semua,
kat bawah nih sy senaraikan sebab-sebab saya tidak mahu melabur EMAS.



Antaranya :

1-mahal
2-takut emas tipu
3-takut nak simpan banyak2
4-takut harga jatuh balik
5-????????

nampaknye x sampai 10...5 pun x sampai...4 jek..kalo ada bole laa tambah2kan alasan yer...

kat sini saya akan kemukakan 10 sebab saya menyimpan dan melabur EMAS.



Antaranye:

1-untung 20-30%
2-kalis inflasi
3-risiko rendah
4-kalo berlaku peperangan,emas boleh digunakan dimana2...
5-boleh dijual ,untung atas jualan
6-emas adalah kekayaan sebenar
7-bole wat hantaran atau hadiah
8-emas sangat cantik
9-Logam yang sebenar2nya
10-disukai ramai
11-asas tabungan...

alamak terlebih sudahhh...pendek kata sapa yang nak still kat part 1 (say no to EMAS!),silakan...saya tidak memaksa.Kepada yang mereka nak menyimpan emas,renung2kan dan silalah call..hehehheh

Bila nak beli emas nih??

Salam sahabat emas….Bila nak beli emas dan waktu sesuai beli emas ? Mungkin ini persoalan yang sering bermain di fikiran anda bila terdetik dihati untuk membeli emas.Baiklah saya akan cuba huraikan dengan bahasa yang cukup indah ( seindah kilauan emas ) dan mudah untuk difahami.

Bila nak beli emas dan waktu sesuai untuk beli emas ? Jawapan yang paling mudah dan tepat ! Beli sekarang !!!!!!

Bagi mereka yang mempunyai modal / duit yang mencukupi :

Bagi pembeli emas yang mempunyai wang / modal / duit mencukupi , waktu sesuai untuk beli emas adalah sekarang.Anda tidak akan rugi membeli emas sebaliknya untung.Sebagai contoh anda membeli emas hari dengan saya seberat 20gram dengan nilai RM3,149.00.Tiba-tiba esok harga emas turun dan harga emas 20gram menjadi RM3,110.00 , tentu anda akan rasa kerugian . Sebenarnya anda tidak akan rugi kerana emas dalam masa jangka masa pendek ada naik turun , namun jangka masa panjang harga emas akan naik.

Bagi mereka yang tidak mempunyai modal / duit mencukup , waktu sesuai untuk membeli emas adalah semasa harga emas turun.Ini memerlukan lebih pengetahuan dan pemerhatian bagi mengetahui masa / waktu harga emas turun.Kebiasaanya harga emas berlawanan dengan mata wang USD.Saya sendiri belum mahir dalam menentukan masa harga emas naik dan turun.So pada pandangan saya , beli emas mengikut kemampuan kita sebagai contoh , beli 1 dinar setiap bulan sebagai simpanan.

Sumber : Emas Kini

Artikel paling menarik abad ini....

Assalam...

Jom kite ikuti kisah pakcik nie...





KUCHING: Dengan berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit’, seorang warga emas, Mail Brahim, 77, yang menyimpan 30 sen sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan fardu haji, tahun ini.
Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya.
Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji.
“Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah.
“Akhirnya saya dapat menggunakan wang itu untuk ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian sewaktu menghadiri Kursus Perdana Haji 1432H di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, semalam.
Mail adalah antara 421 bakal jemaah haji dari Bahagian Kuching dan Samarahan yang menghadiri kursus dua hari itu, yang berakhir semalam.
Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau mendaftar untuk menunaikan fardu haji pada 2005 selepas jumlah dikumpul mencukupi dan bersyukur kerana disenaraikan ke Tanah Suci pada tahun ini.
Sementara itu, seorang tukang perahu, pembuat batu nisan dan napur, Zulkipli Madon, 64, dari Kampung Tanjung Bundong, Samarahan, berkata beliau mula menyimpan dengan Tabung Haji pada 2004 selepas mendapat hidayah untuk menunaikan fardu haji.
Setiap bulan beliau menyimpan antara RM400 hingga RM500 hasil daripada kerja membuat perahu, batu nisan dan napur penduduk kampung.
“Pada 2005 saya mendaftar untuk menunaikan haji bersama isteri, Rosiah Bujang, 57. Namun isteri saya yang turut menjual sayur dan telur masin di kampung, bertekad untuk mengumpul wang sendiri,” katanya.
Rosiah yang turut menyimpan RM400 hingga RM500 sebulan akhirnya berjaya mencukupkan wang haji, dengan pasangan suami isteri itu akan ke Makkah, dengan hasil pendapatan masing-masing.
Pasangan yang mempunyai 12 anak itu bersyukur kerana walaupun mereka hanya bekerja sendiri di kampung, namun hasilnya berkat dan boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji


p/s : apa yg bole sy katakan kat sini,muhasabah diri apakah tujuan kite bekerja sehari suntuk?? semoga cerita ini memberi kite ikhtibar dan pengajaran kepada kite semua...
mulakan saving anda dengan 1dinar,kalo berminat,pm lah saya...


sumber : -http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Simpan30sensebulantunaihaji/Article

Bank di Georgia dan Washington Ditutup.

Dua bank di Georgia dan satu di negara bagian Washington gagal dan ditutup oleh regulator serta diambil alih oleh bank lain, menjadikan bank AS yang gagal tahun ini mencapai 43 buah.
Hal ini dikatakan Federal Deposit Insurance Corp akhir pekan lalu. Di Georgia, Atlantic Southern Bank of Macon, dengan aset US$ 741,9 juta, dan First Georgia Banking Co of Franklin, dengan aset US$ 731 juta, ditutup oleh negara Department Perbankan dan Kewangan.


Berdasarkan kesepakatan kerugian dengan FDIC, CertusBank NA, unit dari Blue Ridge Holdings Inc di Charlotte, NC, penerima dari dua bank ini, memperoleh deposito dan hampir semua aset Atlantic Southern Bank dan First Georgia Banking.

Kegagalan Atlantic Southern Bank akan membebani dana asuransi deposito FDIC sebesar US$ 273,5 juta. Sedangkan First Georgia Banking dikenakan biaya US$ 156,5 juta.

Summit Bank of Burlington, Washington, dengan aset US$ 142,7 juta, juga ditutup pada Jumat oleh Department Perbankan dan Kewangan. Columbia State Bank of Tacoma, Washington, unit dari Columbia Banking System Inc, akan mengambil deposit dan hampir semua aset Summit Bank. Transaksi ini akan membebankan dana asuransi FDIC sebesar US$ 15,7 juta.




***GOLD IS TRUE MONEY***
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Ratu EMAS |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.