Apabila kita miliki EMAS, Kita berada dalam Ketakutan,
Apabila kita tiada EMAS, Kita berada dalam Bahaya.

Jimatkan Kos Kahwin dengan Dinar Emas

Sumber : DanishGold.Net

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.


Kali ini, anda semua akan didedahkan mengenai cara-cara mengumpul modal untuk kahwin menggunakan kepingan dinar emas. Sekiranya di amalkan secara berhemah, ianya dapat mengurangkan kos kahwin. Teknik ini juga menggunakan emas sebagai medium untuk mengurangkan kos kahwin. Artikel ini amat bersesuaian untuk para lelaki yang masih bujang dan bercadang akan melangsungkan perkahwinan beberapa tahun lagi. Akan tetapi, tidak pula dinafikan bahawa penggunaan dinar emas juga amatlah baik bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat kerana, maskahwin & hantaran boleh lah disimpan oleh pihak perempuan sebagai asset yang bernilai, berbanding dengan menyimpan wang tunai… ;) 


Sila rujuk contoh kaedah penggunaan dinar untuk perkahwinan seperti berikut:



Jika anda ingin berkahwin pada tahun 2015 dan kos kahwin pada masa tu lebih kurang RM25,000 (termasuk hantaran, mas kahwin, persandingan, khemah & sebagainya).
Sekiranya lebih/kurang, sila sesuaikan dengan bajet anda.

Harga emas sekarang(Ogos 2010)
1 dinar = RM582
Dengan andaian kenaikan harga emas purata 20% setahun (Rujuk sejarah kenaikan harga emas di www.kitco.com)
Harga emas pada tahun 2015
1 dinar = RM1164
Kos kahwin tahun 2015/Harga emas tahun 2015
RM25,000/RM1164
= 21.47 dinar ≈ 22 dinar
Kos untuk membeli 22 dinar sekarang (Ogos 2010)
22 dinar x RM582
= RM12,804
Oleh yang demikian, anda berupaya untuk menjimatkan sebanyak RM12,196 (RM25,000-RM12,804) untuk kos perkahwinan anda dalam tempoh 5 tahun akan datang sekiranya anda mengumpul dinar emas pada hari ini. ;)
Begitu lah serba sedikit mengenai dinar emas dan perkahwinan. Selepas itu, mesti anda tertanya-tanya,  dinar emas sudah ada, bagaimana untuk tukarkan dalam bentuk wang kertas semula?.
Anda boleh jual semula emas itu kepada saya sendiri ataupun ejen-ejen Public Gold lain di seluruh Malaysia ataupun kepada Public Gold sendiri ataupun mana-mana Kedai Emas. Selagi ianya EMAS..ia tetap akan bernilai. Lagipun…di tangan anda itu ialah EMAS!. EMAS=DUIT. Boleh dijual dimana-mana walau ke benua Afrika sekalipun. Wallahua’lam… ;)

p/s : Jika berminat jgn segan silu call or sms saya utk lock. Dapatkan skrg...



Kenapa kena simpan EMAS?

Sumber : Aura Aurum Asar

Assalamualaikum ramai yang minta testimoni dan bukti harga emas tahun lepas.. Disini sy kongsikan beberapa resit asal rakan2 emas..
Resit En Syukor 100g baru RM10,180  - 18/12/2008



                  Resit En Wazir 20g RM2464.00 - 30/10/2009


Resit En Azman 1 Dinar RM 476.00 sahaja 26/8/2009

So anda telah lihat bukti?
Bandingkan dengan harga sekarang


Public Gold Price (24 Hours Live)

(Last updated 11/12/10 1:50 AM)
 We SellWe Buy
20 gramRM 3157.00RM 2968.00
50 gramRM 7856.00RM 7424.00
100 gramRM 15639.00RM 14857.00
1 kilogram RM 156392.00  RM 148572.00 
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)



Public Dinar Daily Price

DinarWe SellWe Buy
1 dinarRM 651.00RM 612.00
5 dinarRM 3241.00RM 3063.00
10 dinarRM 6454.00RM 6131.00
Last updated 11/12/10 2:10 AM








Adakah anda ingin tunggu lagi ?

SIMPAN LAH WALAU 1 DINAR


Kuasa Beli kite merosot


Sumber:Utusan Malaysia, 7 Nov 2010
Kuala Lumpur - Kerajaan diminta melihat secara serius kemerosotan kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat (AS) , sedangkan penyusutan mata wang paling berpengaruh di dunia itu sepatutnya memberi faedah kepada nilai ringgit.
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali berkata, ini kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara.
Beliau berkata, Malaysia menggunakan indeks inflasi yang terdiri daripada barangan kawalan dalam menentukan kestabilan ekonomi negara sedangkan kuasa beli adalah petunjuk sebenar.
Menurut beliau, secara rasionalnya apabila nilai ringgit meningkat, sepatutnya keupayaan untuk berbelanja di kalangan rakyat Malaysia lebih besar.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya kemerosotan kuasa beli semakin terjejas sejak kebelakangan ini.
”Persoalannya mengapa rakyat kita tidak dapat menikmati kelebihan kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS dalam kuasa beli?.
”Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata, tahap kuasa beli di Malaysia terlalu berbeza berbanding di Amerika Syarikat kerana sekurang-kurangnya rakyat negara itu masih berpeluang membeli lebih banyak barang di pasar raya walaupun nilai mata wangnya menyusut.
”Sepatutnya kuasa membeli di kalangan rakyat AS lebih sukar kerana mata wang mereka tidak memberi apa-apa makna, tambahan pula negara itu adalah negara pengimport tetapi mengapa mereka terus menikmati kuasa membeli?
”Jawapannya adalah model ekonomi negara itu jauh berbeza dengan Malaysia walaupun kita dalam proses ke arah itu.
”Di negara maju, lebih banyak rakyat berbelanja bagi barang tertentu, lebih murah harganya tetapi di Malaysia lebih banyak barangan tertentu dibeli, harganya boleh meningkat. Itu bezanya dan ia perlu diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya.
Sebab itu, katanya. rakyat Singapura masih boleh menikmati harga teh tarik S$0.80 secawan pada nilai mata wang mereka tetapi di Malaysia harga bagi minuman itu terus meningkat daripada RM1.00 kepada RM1.50 hingga RM1.80.
Singapura masih mampu mengekalkan nilai mata wangnya kerana strategi monetari negara itu yang meningkatkan dolar Singapura.
”Sebab itu, walaupun berlaku kenaikan dalam dolar Singapura, kuasa membeli di kalangan rakyatnya tidak terjejas, seperti di AS, tambahnya.
Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi isi rumah tempatan.
Tegas beliau, kerajaan sepatutnya turut melakukan pemantauan barangan bukan kawalan yang sebenarnya menjadi barangan asas keperluan dapur, selain barangan kawalan.
Jelasnya, ia penting kerana barangan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian telah menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus.
”Kalau dibandingkan dengan tepung, berapa banyaklah yang digunakan oleh isi rumah berbanding keperluan seperti sabun mandi dan sabun basuh,” ujarnya.
”Tiada ada gunanya kita bersorak kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS, jika nilai ringgit tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat.
Katanya, dengan pendapatan sebanyak RM3,000 dan tinggal di Kuala Lumpur, jumlah gaji itu sudah tidak memberi sebarang makna kepada pekerja.
Sebaliknya, dengan gaji tersebut, pekerja yang tinggal di Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai penduduk miskin kerana kos hidup yang tinggi dan penyusutan kuasa membeli.
”Apa yang anda boleh beli dengan RM100 di pasar raya sekarang kerana harga ikan pun sudah berbelas ringgit untuk setiap kilo, begitu juga dengan sayur, hampir semua barang naik,” katanya.

RM6000.00 BOLEH TUNAI HAJI

Sumber : Emasabda.blogspot.com

Haji merupakan Rukun Islam yang ke5 yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang berkemampuan. Istilah berkemampuan sebenarnya akan menjadi mudah dengan melalui saluran yang bijak.


Saya menggariskan saluran yang bijak kepada semua pembaca. Jika anda mempunyai simpanan sebanyak RM6000.00 ditangan atau dibank sekarang, sila bertindak dari sekarang. Ikutilah langkah-langkah berikut:

Langkah 1. Daftar Haji dengan Tabung Haji di mana-mana cawangan yang berhampiran atau yang tidak menjadi tumpuan orang ramai. Kalau yang belum ada akaun tabung haji, bukalah terus dan hulurkan RM1300.00 untuk bayaran pendaftaran Jamaah Haji - 5 tahun akan datang. Ini kerana setiap jamaah yang mendaftar hari ini, dijangkakan 5 tahun akan datang baru dipertimbangkan. Begitu juga dengan jamaah haji yang pernah menunaikan haji.

Langkah 2. Baki RM4700 wang ditangan belilah emas (mana-mana emas) atau Bar Public Gold dari dealer yang anda kenali. Contohnya hari ini 10 Disember 2010. Dengan nilai tersebut anda akan dapat memiliki 30gram emas.


Langkah 3. Setelah memiliki emas berkenaan, simpanlah ia dibank atau mana-mana cawangan ar-Rahnu. Simpanlah selama 5 tahun. Ini bermakna tahun 2016 baru boleh berfikir untuk dijual.

Adakah anda mampu tunai haji pada tahun 2017?
Cuba perhatikan cara pengiraannya.
Simpanan Asal          : RM4700.00 (Tahun 2011)
Simpanan Tahun 1    : RM5875.00
Simpanan Tahun 2    : RM7343.75
Simpanan Tahun 3    : RM9179.70
Simpanan Tahun 4    : RM11470.80
Simpanan Tahun 5    : RM14338.50
Jualan Tahun ke 6     : RM17923.10 (Tahun 2017)

ANDAKAH ANDA SUDAH MAMPU TUNAI HAJI. JIKA DITAKDIRKAN TABUNG HAJI MENJEMPUT ANDA MAKA ANDA AKAN BERANGKATLAH TAHUN BERKENAAN MENGADAP ALLAH. Itu baru atas kadar keuntungan 25% setahun. Tetapi keuntungan simpanan emas kebiasaan antara 20 hingga 40% setahun.

p/s :Bertindaklah sekarang dengan memiliki walaupun dengan hanya sekeping EMAS.Hubungi saya,Insyaallah saya akan terangkan sedetailnya.Anda pasti tidak akan menyesal.





Mengapa kita perlu bertukar dari pelaburan biasa kepada pelaburan simpanan emas

Sumber : dermawanemas.com

salam sejahtera  kepada semua...
Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.
Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?
Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!


Berdasarkan carta kenaikan harga emas dunia sebanyak 284% dalam masa 10 tahun.Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah 28.4%.So marilah kita sama-sama mengambil peluang meningkat taraf ekonomi melalui pelaburan emas.

RM1 Juta Tidak Cukup Selepas Bersara


Sumber : Berita Harian 21 April 2009

JOHOR BAHRU 20 April - Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.

''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.

Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.

Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.

''Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

''Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,'' jelasnya.

Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.

''Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,'' jelasnya.

Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.

Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.


''Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,'' katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ''Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,'' kata beliau.

p/s : Soalan saya pada diri sendiri dan sahabat semua.Adakah kita mampu menyimpan duit fiat RM1 juta ? Ada yang mengatakan mampu dan ada jugak yang mengatakan tidak mampu.Bagi saya , kita semua mampu jika kita rancang kewangan lebih awal dan berdisiplin dalam menabung.Orang kita agak sukar untuk menyimpan duit fiat kerana bagi saya duit fiat berhantu ( mudah untuk digunakan ) , so apa kata kita sama-sama simpan duit kita dalam bentuk emas.Emas tidak berhantu kerana kedai pasarraya tidak menerima bayaran dalam bentuk emas.Lagi best nilai emas sentiasa meningkat berbanding nilai duit fiat yang semakin jatuh.

Sebagai contoh , jika sahabat mempunyai duit fiat RM1 juta dalam simpanan sekarang.20 tahun akan datang nilainya tidak sama dengan nilainya sekarang.Tapi emas yang bernilai RM1 juta sekarang akan lebih bernilai 20 tahun akan datang.So sama-samalah kita fikir dan renung.Tindakan hari ini menentukan masa depan kita semua. (sumber Emaskini.Com)


Kos sara hidup jadi kebimbangan

Sumber : Berita Harian 17 January 2010


Antara kerisauan utama mengenai kewangan bagi rakyat Malaysia ialah kos perbelanjaan sara hidup, demikian menurut hasil kajian Visa.
Perkara kedua yang menjadi kebimbangan ialah perubahan pada gaji, diikuti dengan hutang peribadi.
Sementara 69 peratus rakyat Malaysia yang ditinjau lebih bimbang akan kos sara hidup, mereka tidak begitu risau tentang nilai dana persaraan, portfolio pelaburan dan kadar pertukaran wang yang berubah- ubah.
“Dalam suasana ekonomi sekarang, rakyat Malaysia lebih praktikal dan kebimbangan mereka bertumpu kepada pengurusan yang memberi jaminan dan ketenangan fikiran pada 2010,” kata Pengurus Visa Malaysia, Stuart Tomlinson dalam kenyataan hari ini.
Bagi seluruh rantau ini, pengguna lebih mementingkan cara untuk menguruskan perbelanjaan, simpanan dan jaminan pekerjaan mereka daripada memberi tumpuan kepada keadaan jangka panjang atau kelebihan ekonomi makro seperti kadar pertukaran atau portfolio pelaburan.
Bagi rakyat Malaysia, peluang perubahan pada peningkatan pendapatan juga menjadi kebimbangan, katanya. Mengenai prospek ekonomi tempatan, 66 peratus daripada responden rakyat Malaysia berkata mereka lebih bimbang daripada enam bulan dahulu mengenai impak krisis kewangan global pada ekonomi Malaysia.
Dua puluh tujuh peratus berkata mereka juga bimbang, sementara tujuh peratus tidak begitu risau berbanding sebelumnya, kata Tomlinson.
Apakah anda telah menyediakan pelan dan perancangan kewangan yang bersesuaian dengan KOS SARA HIDUP, matlamat dan keperluan masa depan anda dalam menguruskan kewangan anda pada masa ini???

Jika jawapan anda tidak! maka sudah sampailah masanya kini untuk anda mempelajari kaedah terbaik dalam menguruskan wang dan pendapatan anda supaya ianya dapat diuruskan dengan cara yang BETUL!

Melaburlah dengan membeli EMAS, antara pelaburan yang terbaik dan pulangan yang dijanjikan akan berterusan.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Ratu EMAS |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.